Wednesday, April 14, 2010

Siapa

Selalu aku tertanya-tanya siapa diri aku sebenarnya, padamu.
apa yang kau lihat pada aku..
adakah sekadar luarannya atau sesuatu,
yang pastinya ia hanya ada pada diriku.. itu Aku..
Kau cintai aku. itu pasti. mungkin.
namun,
aku mahu kau zahirkan
bahawa kau benar-benar peduli akan aku..
bahawa aku kini benar-benar sebahagian dirimu..
Perasaanku, itu bukan lagi keraguan
saat kau datang ke hati
waktu itu juga ku berikan kunci
untuk segenap jiwaku..
Aku mahu kau patri langkahku
jangan biarkan aku pergi
dan kau jua usah pergi..
Aku mahu kau sentiasa ada
sehingga tiba harinya ketakutan itu sudah pergi
dan kita terus mempertahan cinta...

No comments: