Saat cahaya datang
aku kebingungan
inikah dia
manisnya mula kurasakan
lalu ku alunkan kalimah-kalimah suci
yang selama ini sering menjauh denganku
Rindu menerpa
lalu aku bersunyi bersendiri
menitiskan mutiara kesyukuran
kini aku tahu Dia sentiasa denganku
selangkah aku menjauh
semakin kuat aku ditarik dekat
semoga ketenangan ini hakiki
Sendirian aku berteleku mentafsir takdir
kuatkah aku untuk melalui hari-hari yang mendatang..?
dalam meraih cinta-Nya
masih lagi aku inginkan cinta yang itu di sini
bersamaku susah dan senang
terima seadanya apa padaku
namun andainya takdir tertulis tidak sedemikian
ku rela ia begitu demi cinta pada Yang Satu..
Saturday, May 8, 2010
Monday, April 19, 2010
Berteduh
Rinduku tergantung
ketika langit sedang gelap
dan hati terasa semakin pedih
kala gelap semakin pekat
mungkinkah aku bermimpi kala jagaku
bertemumu dalam mimpi rindu
Kuingin berteduh..
bersamamu di bawah teduhan iman
dengan hati bersih
menepis segala rintih
Di teduhan itu
kita mekarkan bebunga kasih
bertaut pada Yang Maha Cinta
dengan jiwa yang redha
melalui segala kemungkinan dan ujian
Di situ kita belajar akan kedewasaan
dan di situ juga kita belajar mensyukuri cinta
kepada Pemberi segala cinta
ku nantikan saatnya kita beteduh bersama
di suatu teduhan yang tidaklah seagung syurga
namun ia syurga untuk jiwa kita..
ketika langit sedang gelap
dan hati terasa semakin pedih
kala gelap semakin pekat
mungkinkah aku bermimpi kala jagaku
bertemumu dalam mimpi rindu
Kuingin berteduh..
bersamamu di bawah teduhan iman
dengan hati bersih
menepis segala rintih
Di teduhan itu
kita mekarkan bebunga kasih
bertaut pada Yang Maha Cinta
dengan jiwa yang redha
melalui segala kemungkinan dan ujian
Di situ kita belajar akan kedewasaan
dan di situ juga kita belajar mensyukuri cinta
kepada Pemberi segala cinta
ku nantikan saatnya kita beteduh bersama
di suatu teduhan yang tidaklah seagung syurga
namun ia syurga untuk jiwa kita..
Wednesday, April 14, 2010
Siapa
Selalu aku tertanya-tanya siapa diri aku sebenarnya, padamu.
apa yang kau lihat pada aku..
adakah sekadar luarannya atau sesuatu,
yang pastinya ia hanya ada pada diriku.. itu Aku..
Kau cintai aku. itu pasti. mungkin.
namun,
aku mahu kau zahirkan
bahawa kau benar-benar peduli akan aku..
bahawa aku kini benar-benar sebahagian dirimu..
Perasaanku, itu bukan lagi keraguan
saat kau datang ke hati
waktu itu juga ku berikan kunci
untuk segenap jiwaku..
Aku mahu kau patri langkahku
jangan biarkan aku pergi
dan kau jua usah pergi..
Aku mahu kau sentiasa ada
sehingga tiba harinya ketakutan itu sudah pergi
dan kita terus mempertahan cinta...
apa yang kau lihat pada aku..
adakah sekadar luarannya atau sesuatu,
yang pastinya ia hanya ada pada diriku.. itu Aku..
Kau cintai aku. itu pasti. mungkin.
namun,
aku mahu kau zahirkan
bahawa kau benar-benar peduli akan aku..
bahawa aku kini benar-benar sebahagian dirimu..
Perasaanku, itu bukan lagi keraguan
saat kau datang ke hati
waktu itu juga ku berikan kunci
untuk segenap jiwaku..
Aku mahu kau patri langkahku
jangan biarkan aku pergi
dan kau jua usah pergi..
Aku mahu kau sentiasa ada
sehingga tiba harinya ketakutan itu sudah pergi
dan kita terus mempertahan cinta...
Thursday, January 28, 2010
Aku ingin jadi yang halal bagimu..
Duhai insan yang lembut hatinya
Aku tak ada siapa pun kecuali Allah di hatiku
Aku ingin menjadi yang halal bagimu
Yang dapat dengan sepenuh hati mengecup keningmu
Sehingga tak ada lagi resah yang menyelimuti kalbu
Untuk redamkan tiap riak-riak harapan itu
Bukan semata untukku
Tapi juga untuk-Nya...
Kerana aku malu saat merindu-Nya
Aku juga merindumu
Aku berdoa mengharap kepada-Nya
Ternyata juga kerana ku mengharapkanmu..
Maafkan aku...
Sungguh, jodoh bukan milikku...
Ketidaksanggupanku saat ini menyisakan sebuah kepasrahan
Aku akan kembali kepada Ar-Rahman
Harapan menjadi harapan
Dan biarlah menjadi rahsia tak terungkap sepanjang zaman
Jika aku pun pantas menjemputmu
Maka biarlah Allah yang menghantarkanku padamu
Di saat yang tepat
Dengan cara yang cepat
Namun sungguh pun bila kita tak bertemu
Maka biarkan menjadi kisah sejati
Yang tak akan pernah mati..
Aku tak ada siapa pun kecuali Allah di hatiku
Aku ingin menjadi yang halal bagimu
Yang dapat dengan sepenuh hati mengecup keningmu
Sehingga tak ada lagi resah yang menyelimuti kalbu
Untuk redamkan tiap riak-riak harapan itu
Bukan semata untukku
Tapi juga untuk-Nya...
Kerana aku malu saat merindu-Nya
Aku juga merindumu
Aku berdoa mengharap kepada-Nya
Ternyata juga kerana ku mengharapkanmu..
Maafkan aku...
Sungguh, jodoh bukan milikku...
Ketidaksanggupanku saat ini menyisakan sebuah kepasrahan
Aku akan kembali kepada Ar-Rahman
Harapan menjadi harapan
Dan biarlah menjadi rahsia tak terungkap sepanjang zaman
Jika aku pun pantas menjemputmu
Maka biarlah Allah yang menghantarkanku padamu
Di saat yang tepat
Dengan cara yang cepat
Namun sungguh pun bila kita tak bertemu
Maka biarkan menjadi kisah sejati
Yang tak akan pernah mati..
Subscribe to:
Comments (Atom)