Monday, November 24, 2008

CERPEN : RUANG RINDU

Ahaks..duk tengah sibuk nak buat novel, tiba-tiba datang idea lain. So, lahirlah cerpen ini. Enjoy reading it! (^^,)

_____________________________________________


“Eh, bunga dengan coklat sape kat atas meja aku nih Diya?” Soal Azureen kehairanan. Diya menjungkit bahu tanda tidak tahu. Azureen menjuihkan bibir tidak puas hati. Dibeleknya bunga mawar segar sekuntum yang berwarna merah itu dan lima biji coklat Ferraro Rocher yang dibungkus cantik. Ada sekeping kad kecil bersampul merah jambu terselit di situ. Azureen membukanya.

‘Intan Azureen, awak sangat comel. Salam perkenalan.. –From Mr.XYZ (012-3770626)’

Hisy, sape plak la Mr.XYZ nih..Dah tak reti eja nama sendiri ke hape..Azureen membebel dalam hati. Azureen memandang Diya, teman sebiliknya itu sedang asyik membaca majalah. Azureen masih tidak puas hati, mustahil Diya tidak tahu menahu tentang bunga dan coklat itu kerana Diya ada di bilik sejak pagi tadi.
“Ey Diya, serius la ni! kau tahu tak sape yang letak bunga ni sume kat sini? Kan kau ada kat bilik tadi?” Wajah Azureen bengang apabila Diya menggeleng malas.
“Betul la aku tak tahu! Tadi aku lepak kat cafĂ© masa kau gi library. Aku pun baru balik gak nih. Aku sampai bilik tadi memang menatang tu ada kat situ!” Diya sedikit merengus. Dia menyambung kembali pembacaannya. Azureen terkedu, lantas dia membiarkan sahaja Diya tanpa berkata apa-apa lagi.

Azureen masih tercegat di meja studinya itu. Dalam fikirannya masih berkira-kira adakah perlu dia menghubungi nombor yang tercatat di dalam kad itu. Ah malaslah..getus hatinya. Azureen mengambil bunga dan coklat itu lalu menyimpannya di dalam almari. Bimbang kalau rakan-rakannya yang lain nampak, banyak pula persoalannya nanti.

**********

“Ah..penatnya! Katil! Katil!!” Jerit Azureen sebaik sahaja sampai di biliknya. Terasa lenguh-lenguh badannya setelah menghadiri kuliah sejak pukul 8.00 pagi tadi hingga pukul 5.00 petang. Azureen menghempaskan badannya ke tilam. Emm..bestnya dapat baring..Azureen tersenyum keseorangan. Matanya dipejamkan. Hilang sakit pinggangnya dapat berbaring di atas katil.
“Ha, jangan tidur pulak! Semayang Asar tu dulu. Nanti marahkan aku pulak cakap tak kejut, padahal dia yang liat bangun!” Tiba-tiba suara Diya mencucuk gegendang telinganya. Azureen membuka sedikit matanya. Kelihatan Diya yang baru selesai mandi sedang berdandan di hadapan cermin kecil yang tergantung di dinding. Spoil betullah minah ni...gerutu Azureen.
“Yela..yela..” Azureen bangun dari pembaringan. Dia bersila di atas katil sambil menenyeh-nenyeh matanya. Dia termenung sejenak.
“Tu yang termenung lagi kenapa?” Suara Diya kedengaran lagi. Azureen mencebik. Dia tidak membalas kata-kata Diya. Tak penat ke membebel minah ni..gerutu Azureen lagi. Seketika kemudian Azureen bangun. Dia mencapai tualanya yang tersangkut di almari berhampiran katilnya lalu berjalan menuju ke pintu. Tiba-tiba Azureen terperasan sesuatu. Sejak bila pulak benda alah ni ada kat sini..Desis hatinya. Azureen menghampiri meja studinya. Dia memandang Diya sekilas. Gadis itu sedang mengemas almari pakaiannya.
“Diya, sejak bila benda ni ada kat sini? Kau tak kunci pintu ke tadi?” Soal Azureen. Tangannya membelek bunga mawar sekuntum dan coklat di atas mejanya. Masih sama seperti semalam.
“Aku pergi mandi, takkan nak kunci pintu jugak?” Balas Diya. Dia masih sibuk mengemas pakaiannya.
“Dulu takpelah. Sekarang ni dah ada orang ceroboh bilik kita. Kau tak risau ke kalau barang-barang kita hilang? Aku nak report kat felo lah!” Ujar Azureen. Nada suaranya sedikit marah.
“Tapi takde apa-apa yang hilang pun kan? Yang aku nampak cuma bunga dengan coklat tu je yang bertambah kan?” Ujar Diya selamba tetapi dengan nada yang sedikit sinis. Azureen geram. Dia berlalu ke luar menuju ke bilik air tanpa mempedulikan Diya. Tak concern langsung! Getus Azureen.

**********

Petang itu Azureen nekad mahu ke pejabat asrama. Hari ini sudah masuk hari kelima bunga dan coklat dari lelaki misteri itu singgah di meja studinya. Azureen rimas dan bimbang kalau-kalau sesuatu yang lebih buruk terjadi.
“Kau nak ke mana Reen?” Soal Diya apabila melihat Azureen menyarung semula tudungnya sedangkan gadis itu baru sahaja pulang dari kuliah.
“Aku nak pergi bilik felo. Tak tahan aku macam ni. Rimas!” Balas Azureen.
“Tak payahlah terburu-buru sangat..Cuba kau contact dulu nombor tu.. check siapa dia.. mana tahu dia ikhlas nak kawan dengan kau..tak salahkan?” Ujar Diya. Azureen termangu-mangu di birai katil. Sejenak kemudian dia bingkas bangun menuju ke almarinya, mengeluarkan semula kad yang pertama sekali diberikan dahulu. Azureen mancapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor tersebut.
“Hello, Assalamualaikum. Sape ni?” Azureen berdebar-debar menanti jawapan.
“Waalaikumussalam. Eh..Awak yang call kenapa awak yang tanya saya sape?” Balas pemilik suara di sana.
“Saya Azureen. Straight to the point, kenapa awak tak henti-henti duk hantar bunga dengan coklat kat saya ni?” Soal Azureen tegas.
“Bila pulak saya hantar bunga dengan coklat ni? Tak pernah-pernah!” Cepat sahaja lelaki itu menjawab. Azureen geram.
“Awak jangan main-mainlah! Saya nak jumpa awak sekarang, kat Dewan Mas!” Belum sempat lelaki tersebut membalas, Azureen terlebih dahulu menekan punat merah di telefon bimbitnya. Panas betul hatinya sekarang ini. Azureen bingkas bangun menuju ke meja studinya. Laci dibuka. Diya memandang bersahaja teman sebiliknya yang sedang mencari sesuatu itu.

Azureen mengeluarkan satu beg plastik yang agak besar dari laci mejanya. Kemudian dia ke almari pakaiannya pula. Dikeluarkan semua bunga dan coklat yang dihadiahkan padanya lalu disumbat ke dalam beg plastik itu. Setelah selesai, Azureen mencapai telefon bimbitnya dan berlalu keluar sambil membimbit beg plastik berisi bunga dan coklat itu.

Mata Azureen melilau sebaik sahaja tiba di Dewan Mu'adzam Shah . Kalau dia tak datang siaplah! Marah Azureen dalam hati. Azureen bersandar pada tiang batu bangunan tersebut.
“Awak Azwin ke? Eh silap, apa nama tadi..hah, Azureen!?” Tiba-tiba terdengar satu suara dari belakang. Azureen menoleh. Dia terkejut. Isk..mamat ni ke..Azureen tidak tahu hendak menggambarkan perasaannya saat itu, semuanya bercampur-baur, gembira, malu, takut..
“Err..saya silap orang kot..” Ujar lelaki itu ingin berlalu pergi apabila dilihatnya Azureen kaku tidak berkata apa-apa.
“Tunggu! Saya Azureen!” Cepat-cepat Azureen membalas. Langkah lelaki itu terhenti. Azureen senyum, tetapi dia sendiri tidak pasti bagaimanakah rupa senyumannya saat itu. Adakah manis ataupun buruk. Lelaki itu hanya tercegat di situ menanti kata-kata seterusnya dari Azureen.
“Saya cuma nak pulangkan ini,” Ujar Azureen sambil menghulurkan beg plastik yang dibimbitnya kepada lelaki itu. Lelaki itu mengambilnya dengan teragak-agak. Sejenak dia melihat isi di dalamnya, dia mengangkat semula wajahnya memandang Azureen.
“Boleh kita duduk kat situ sekejap?” Lelaki itu berkata sambil jari telunjuknya menuding ke arah bangku kayu di suatu sudut. Azureen berjalan terlebih dahulu. Lelaki itu mengekorinya. Suasana sepi seketika. Lelaki itu sedang membelek satu-persatu bunga dan coklat yang terdapat di dalam beg plastik itu. Azureen membiarkan. Debaran hatinya hanya Tuhan yang tahu.
“Azureen, saya mintak maaf. Memang nombor telefon tu nombor saya..Tapi bukan saya yang bagi semua ni kat awak,” Tiba-tiba lelaki itu bersuara. Azureen terkejut dengan penjelasan itu.
“Habis tu siapa?” Balas Azureen.
“Saya pun tak tahu. Mungkin ada orang nak kenakan kita..” Ujar lelaki itu lagi.
“Kenapa pulak diorang nak kenakan kita? Takde motif kan?” Soal Azureen lagi. Lelaki itu mengjungkit bahu. Azureen menghela nafasnya.
“Takpelah macam tu, saya balik dulu.” Azureen bangun, bersedia untuk pergi. Dia sudah tidak sanggup berlama-lama di situ. Malunya bukan kepalang lagi.
“Azureen,”
“Ya?” Azureen menoleh. Lelaki itu kelihatan seperti tidak keruan.
“Apa kata kalau kita teruskan?”
“Teruskan apa?” Soal Azureen. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan lelaki itu.
“Kita teruskan saja seperti apa yang berlaku sebelum ini. Anggaplah memang saya yang bagi semua tu kat awak. Kita mulakan perkenalan kita. Saya Faris,” Ujar lelaki itu sambil menghulurkan beg plastik itu kembali padanya. Azureen tercengang. Apa ni? Dia betul-betul tidak faham apa yang berlaku. Tanpa sempat befikir, Azureen mengambil beg plastik tersebut dan berlalu pergi.
*********

Sejak peristiwa hari itu, Azureen dan Faris kerap berhubung melalui sms. Maklumlah, di peringkat awal perkenalan. Kadang-kadang ada juga Faris menelefonnya, tetapi lelaki itu tidak banyak bercakap. Hanya Azureen yang sibuk bercerita itu dan ini. Azureen tidak kisah, mulutnya memang becok setelah mengenali seseorang. Kadang-kadang terasa juga hatinya apabila Faris hanya membalas smsnya sepatah-sepatah. Kalau bercakap pula sekadar mengiyakan apa yang diperkatakan.

Sebenarnya Azureen sengaja bersabar, kerana dia mahu mengenali Faris sedalam-dalamnya. Sejak dahulu lagi dia meminati Faris, tetapi dia tidak mengenali lelaki itu sebetulnya. Hanya bertemu muka di majlis-majlis universiti sahaja. Apa yang dia tahu, Faris memang aktif. Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti, Faris ada menyertainya. Azureen pasti ramai lagi gadis lain yang meminati Faris. Wajahnya yang kacak dan berkaliber itu mudah untuk menarik mana-mana gadis. Namun setelah mengenali Faris, Azureen sedikit kecewa. Lelaki itu bukanlah seperti yang dijangkakan. Faris pendiam, kurang sensitif dan adakalanya terlalu selamba. Mungkin Faris hanya menganggapnya kawan biasa. Tetapi Faris selalu menghubunginya. Azureen tidak mengerti. Terlalu awal untuk dia membuat andaian.

Azureen ke kuliah seperti biasa pagi itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Azureen berhenti sebentar di tengah jalan meraba beg kuliahnya.

‘Saya pergi Penang hari ni. Ada football match.’-Faris

Azureen membalas ringkas sms itu, sekadar mengucapkan ‘good luck.’ Azureen meneruskan langkahnya ke kuliah. Hatinya sedikit hampa. Baru sahaja dia bercadang hendak berjumpa Faris petang itu, melepak di tasik universiti seperti selalu. Mahu berjumpa di waktu kuliah, memang susah kerana mereka berbeza kursus dan semester. Faris pelajar Pengurusan Perniagaan Antarabangsa semester enam manakala dia pula pelajar Ekonomi semester lima. Azureen mengeluh mengenangkan itu

**********

Hujung minggu itu, Azureen dan Faris melepak di tepi tasik universiti setelah Faris pulang dari Pulau Pinang. Faris tidak habis-habis bercerita tentang pasukan bola sepaknya yang menjadi juara dalam perlawanan persahabatan menentang Universiti Sains Malaysia itu. Azureen sedikit bosan tetapi di tahan juga telinganya dan mendengar penuh minat.
“Awak, jom pergi cafe. Teman saya makan?” Ajak Faris. Azureen hairan, sedang asyik bercerita tiba-tiba Faris mengajaknya ke kafeteria pula.
“Kenapa tiba-tiba nak makan pulak ni?” Soal Azureen.
“Laparlah wak..” Faris berkata seraya memegang perutnya.Azureen tersenyum lantas bangun dari bangku yang mereka duduki. Mereka berjalan beriringan.

Sampai di kafeteria, Faris terus menuju ke kaunter makanan. Azureen terkulat-kulat ditinggalkan sendirian. Azureen duduk di satu sudut, menunggu Faris. Seketika kemudian Faris kembali dengan sepinggan mi goreng dan teh o ais. Faris tidak berkata apa-apa, dia menyuap mi goreng ke mulutnya. Azureen hanya memandang. Terasa panas sedikit hatinya.
“Awak ajak saya ke sini hanya untuk tengok awak makan je ke?” Azureen menyoal geram. Faris mendongak. Direnung Azureen seketika.
“Awak nak makan pergilah ambik?” Ujarnya selamba. Azureen geram. Dia bingkas bangun dan pergi dari situ. Memang dia bukan apa-apa pada Faris. Jeritan Faris memanggilnya tidak dipedulikan. Air matanya mengalir laju.

Sampai di bilik, Diya masih lena tidur. Azureen terus menyembamkan wajahnya ke bantal. Dia menangis semahu-mahunya. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia menangis. Tetapi dia sangat terasa hati apabila Faris tidak mempedulikannya tadi. Seolah-olah dia hanya wujud ketika diperlukan. Telefon bimbitnya berbunyi. Azureen tercari-cari telefon bimbitnya. Rupa-rupanya terperosok di bawah bantal.

‘Kenapa awak pergi macam tu je tadi? Saya kat bawah blok awak ni. Saya bawak breakfast untuk awak. Turunlah..’-Faris

Azureen menyapu air matanya yang masih mengalir. Dia berkira-kira mahu pergi berjumpa Faris ataupun tidak. Azureen bangun melihat wajahnya di cermin. Matanya merah berair. Dikesat matanya dengan tisu lalu disapu bedak nipis ke muka supaya kesan tangisannya tidak terlalu ketara. Azureen memeriksa wajahnya sekali lagi dan sejenak kemudian dia berlalu keluar.

“Nah...” Faris menghulurkan bungkusan plastik berisi bekas polisterin kepadanya. Azureen menyambutnya. Dia kelu untuk berkata-kata. Dia sudah cukup malu pada Faris. Betapa dia bertepuk sebelah tangan.
“Reen, awak okay tak ni?” Faris bertanya apabila Azureen hanya tercegat tunduk membisu.
“Saya okay..” Jawab Azureen perlahan. Faris menghela nafasnya. Dia menguak rambutnya ke belakang.
“Reen, sebenarnya saya tahu apa yang awak rasa..Saya pun rasa sesuatu yang sama. Saya tak pandai berkata-kata, Reen. Awak faham-faham sendiri lah. Pada saya hati kita tahu segalanya. Saya balik dulu, Assalamualaikum.” Faris berlalu menuju ke arah motorsikalnya. Dia berlalu tanpa menoleh sedikit pun kepada Azureen. Azureen terkedu. Dia tidak tahu apakah dia gembira dengan penjelasan Faris sebentar tadi. Azureen bingung..

**********

Sejak dari itu, secara tidak rasminya Azureen dan Faris menjadi pasangan bercinta. Sudah hampir dua bulan perhubungan mereka bermakna perkenalan mereka sudah mencecah lapan bulan. Tetapi apabila dilihat percintaan itu dalam erti kata yang sebenar dengan apa yang dilaluinya, Azureen merasakan mereka berdua tidak bercinta. Dibandingkan dengan teman lelaki rakan-rakannya, Faris agak berbeza. Faris tidak pernah mengucapkan sayang padanya, jauh sekali hendak memanggilnya dengan panggilan-panggilan manja. Faris juga tidak pernah mempamerkan perasaannya, hubungan mereka masih seperti dulu cuma mereka bertambah rapat dan bertukar status daripada kawan kepada kekasih.

Azureen termenung di koridor arasnya memikirkan tentang masa hadapannya dan Faris. Dia tidak tahu adakah Faris serius dengan hubungan mereka atau pun tidak. Lebih kurang setahun lagi mereka akan tamat pengajian, dan dia terfikir adakah Faris mahu mengahwininya ataupun dia sekadar teman Faris di univerisiti kemudian dilupakan begitu sahaja? Azureen mengeluh panjang. Sudah banyak kali dia cuba untuk mengeratkan hubungan mereka berdua, acap kali dia cuba mendekati hati lelaki itu, tetapi tidak berhasil. Tambahan pula Faris selalu sibuk dengan aktivitinya, ke sana ke mari tidak henti. Azureen kesunyian tetapi dipendamkan sahaja perasaannya. Nasib baiklah rakan-rakan memahami situasinya, mereka semua banyak membantu menguatkan semangatnya. Rakan-rakan yang rapat dengan Faris juga selalu menasihatinya supaya bersabar lantaran kesibukan Faris yang tidak putus-putus.
“Reen, call.” Diya tiba-tiba muncul di koridor menghulurkan telefon bimbitnya. Azureen melihat skrin telefon itu sekilas-Faris.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam. Awak tengah buat apa Reen?” Soal Faris.
“Tak buat apa-apa. Saya lepak kat luar, handset kat dalam bilik tadi..” Jawab Azureen.
“Oh..saya nak ajak awak keluar ni. Saya nak beli barang sikit. Setengah jam lagi saya sampai. Awak bersiap okay? Bye.” Talian diputuskan. Azureen mengeluh. Dia melangkah longlai ke bilik.

Selesai bersiap, Azureen turun ke bawah pada waktu yang dijanjikan. Faris sudah sedia ada menunggu di dalam kereta Perodua Kancil bewarna biru milik Rudi, kawannya. Azureen mempercepatkan aturan langkahnya. Dia menghadiahkan segaris senyuman kepada Faris sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta. Suasana sepi.
“Awak tak kisahkan saya ajak keluar ni? Saya nak cari barang sikit, esok saya start training hoki .” Faris berkata sambil bola matanya tidak lepas memandang jalan raya.
“Match nanti kat mana pulak?” Soal Azureen, mengikut sahaja rentak perbualan Faris.
“Kelantan.” Balas Faris sepatah. Azureen cuma mengangguk.

Petang itu Azureen menemani Faris ke kedai peralatan sukan. Janggal pula rasanya kerana kebanyakan pelanggan di dalam kedai itu lelaki. Faris pula suka meninggalkannya sendirian, beralih dari satu sudut ke sudut yang lain tanpa mempedulikannya. Baik tak payah keluar macam ni! Getus Azureen sendirian. Azureen mendekati Faris apabila ada dua orang lelaki senyum-senyum gatal padanya. Tetapi Faris seolah-olah tidak perasan dan tidak berperasaan tentang itu. Azureen kecewa.

Setelah selesai Faris membeli barang-barangnya, mereka berdua singgah di sebuah kedai makan. Selesai mengisi perut, Azureen meminta Faris supaya singgah di sebuah pasaraya untuk membeli sedikit keperluannya. Tidak lama selepas itu, mereka berdua pulang ke kampus. Waktu sudah menjelang senja. Azureen mendaki lemah anak-anak tangga ke biliknya. Serasa sia-sia dia menemani Faris petang tadi. Tidak ada apa-apa yang diperolehnya melainkan penat. Usai solat Maghrib, Azureen terlena.

**********

Azureen menggosok-gosok matanya. Dia terpisat-pisat. Suasana bilik masih gelap. Azureen menekan punat pada telefon bimbitnya. Pukul 5.20 pagi. Azureen duduk di birai katil. Sedar dia belum solat Isyak lagi, Azureen bangun menuju ke meja studinya untuk membuka lampu meja. Biliknya diterangi cahaya malap. Azureen tidak mahu mengganggu Diya yang sedang enak tidur dengan cahaya lampu yang terang. Dia berlalu ke tandas.

Usai solat Isyak dan Subuh, matanya terasa segar pula. Azureen membelek barang-barang keperluannya yang dibelinya semalam. Dia tidak sempat menyimpannya kerana terlalu mengantuk. Eh..apa ni? Azurin meneliti isi beg plastik kecil bewarna putih ditangannya. Shin guards Faris! Azureen risau. Faris perlu ke latihan hoki pagi ini dan shin guards itu amat penting untuknya. Azureen menghubungi telefon bimbit Faris berkali-kali tetapi tidak diangkat. Tidur lagi agaknya..takpelah nanti cuba lagi..Bisik hatinya sendiri.

“Reen...Reen..” Azureen mencelikkan matanya apabila terasa bahunya disentuh. Diya tercegat di sisinya. Azureen masih mamai.
“Tadi Faris call, aku cakap kau tido..” Ujar Diya.
“Hah?” Azureen bingkas bangun. Dilihatnya pagi sudah terang-benderang. Ditatap pula skrin telefon bimbitnya, pukul 9.00 pagi! Azureen cepat-cepat menghubungi Faris.
“Reen, awak call nanti. Training dah nak start. Bye.” Sepantas kilat Faris memutuskan talian. Azureen bingung. Sejenak kemudian Azureen bingkas bangun mencapai tualanya lalu meluru keluar ke bilik air. Sekejap sahaja, dia selesai mandi. Azureen bersiap sepantas yang mungkin.
“Pergi mana Reen!?” Diya kehairanan melihat temannya itu bagaikan lipas kudung.
“Hantar barang kat Faris!” Balas Azureen sambil menyarung sandal lalu keluar.

Azureen berpusing-pusing di sekitar padang. Dia tidak tahu di bahagian mana Faris berlatih. Ada tiga pasukan di situ. Satu bermain bola sepak dan dua pasukan lagi bermain hoki. Azureen melangkah masuk ke padang. Dia tidak dapat mengecam Faris dari jarak jauh. Pappp!!! Azureen terjelopok ke tanah. Kepalanya terasa pening. Kedengaran bunyi hingar-bingar di sekelilingnya.

“Faris! Awek kau ni!!” Jerit satu suara. Faris yang sedang bermain hoki terhenti sejenak mendengar namanya dilaungkan. Seketika kemudian dia bergegas ke kumpulan orang ramai itu apabila terpandang sekujur tubuh terbaring di sudut padang. Dia menyelit masuk ke dalam kumpulan pelajar lelaki yang sedang berkerumun itu.
“Apa jadi ni? Reen, bangun! Reen, bangun sayang!” Faris menggoncang-goncang badan Azureen. Azureen yang separa sedar terasa semakin pening diperlakukan begitu. Faris mencapai botol air mineral yang dihulur Rudi. Disapunya sedikit ke wajah Azureen. Azureen membuka matanya, pandangannya lemah. Orang ramai yang sedang berkerumun itu beransur kurang. Faris tersenyum lega.

“Kenapa awak datang sini Reen?” Soal Faris apabila Azureen sudah beransur pulih. Mereka berdua duduk di tepi padang. Azureen asyik mengosok-gosok dahinya.
“Saya cuma nak bagi awak ni..” Azureen berkata perlahan. Tangan kanannya menghulurkan shin guards itu kepada Faris. Faris menyambutnya. Dia terkedu sebentar.
“Reen, awak tak perlu susah-susah nak bagi benda ni kat saya..ni kan cuma training..” Ujar Faris lembut. Direnungnya Azureen. Kesian Reen, tak pasal-pasal dahi lebam kena bola..bisik hatinya.
“Saya risaukan awak, takut awak injured..” Balas Azureen. Faris tertunduk diam.
“Faris...” Panggil Azureen lagi. Faris menoleh.
“Baru tadi saya dengar awak panggil saya ‘sayang’..” Azureen tersenyum. Faris berpura-pura memandang ke tempat lain.
“Dah memang saya sayangkan awak. Awak girlfriend saya takkan saya tak risau.” Faris berkata selamba. Azureen terasa hati-hatinya berbunga-bunga waktu itu. Baru hari ini Faris mengaku tentang perasaannya.
“Reen...” Faris memanggil lagi, namun terdiam sejenak. Dia menghela nafas yang panjang. Azureen sabar menanti kata-kata yang seterusnya.
“Semalam Rudi bagitau saya, dia dan Diya rasa bersalah kerana cuba jodohkan kita. Sebenarnya, bunga dan coklat yang dulu tu semua rancangan diorang. Saya pun tak tahu menahu pasal tu, Reen.. Rudi rasa bersalah pada awak kerana temukan awak dengan saya dalam keadaan saya yang tak bersedia dgn komitmen. Rudi ingat dia boleh ubah lifesyle saya dengan kehadiran awak..tapi tak berhasil. Lama saya berfikir semalam.. Rudi dah sedarkan saya tentang sesuatu, bahawa awak wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya. Sebelum ni tak ada satu pun perempuan yang tahan dengan perangai saya. Tapi awak tak pernah marah walaupun saya selalu ketepikan awak..awak selalu sabar dengan sikap saya yang acuh-acuh melayan awak..Maafkan saya Reen...” Luah Faris panjang lebar. Azureen bingung, seakan tidak percaya apa yang Faris katakan. Pandai betul Diya berlakon..desis hatinya. Azureen merenung anak mata Faris mencari keikhlasan kata-kata itu, kemudian dia tunduk kembali apabila yakin Faris tidak menipu.

“Faris, saya betul-betul sayangkan awak..sebab tu saya tak kisah apa pun yang awak buat pada saya. Saya tak simpan dalam hati..awak tak perlu mintak maaf..” Azureen berkata perlahan. Kepalanya masih menunduk, malu hendak menatap wajah Faris.

“Reen..boleh saya cakap sesuatu..?” Soal Faris lembut. Azureen mengangguk kecil.
“Sebenarnya setiap hari saya rindukan awak, Reen..sesaat awak takde dengan saya, saya rasa seluruh kehidupan saya sunyi sepi..sebab tu saya selalu ajak awak jumpa..Kalau saya ada game luar daerah, saya rasa nak cepat-cepat balik jumpa awak,Reen. Setiap kali awak sms cakap rindu dan sayang pada saya, saya gembira sangat-sangat..Tapi saya tak balas kan..? Reen, saya janji mulai saat ni saya takkan biarkan awak sedih lagi..saya nak buat awak selalu tersenyum... saya janji Reen..” Faris merenung wajah Azureen, dia benar-benar serius kali ini. Azureen bertambah bingung. Adakah dia bermimpi? Benarkah Faris yang mengucapkan kata-kata itu? Azureen merenung mata Faris tanda tidak mengerti. Faris menghadiahkannya satu senyuman yang tulus. Azureen tidak mengerti..tetapi hatinya benar-benar bahagia saat itu.

**********

Cuti akhir semester telah bermula. Azureen pulang ke rumahnya di Selangor. Faris juga pulang bersamanya, kebetulan mereka berdua berasal dari negeri yang sama. Namun Faris sedikit sibuk mengisi cuti semesternya dengan program universiti yang dijalankan di Kuala Lumpur. Azureen menghabiskan masanya di rumah. Apabila cuti semester tamat nanti, dia akan melangkah ke tahun empat, manakala Faris menjejak semester akhirnya di universiti. Sama ada sedar atau tidak, perkenalan mereka sudah mencecah setahun. Azureen sendiri tidak ingat secara tepat bila dia dan Faris saling mengenali, juga dia tidak ingat bilakah mereka bergelar pasangan kekasih..kerana semuanya berlaku secara tidak di duga dan tidak rasmi. Azureen sendiri tidak menyangka perkenalan mereka mampu bertahan selama ini.

Azureen tersenyum keseorangan di bilik. Dia terkenangkan saat-saat manis bersama Faris. Selepas peristiwa di padang itu, Faris banyak berubah. Faris benar-benar mengotakan janjinya. Faris sentiasa mengambil berat tentangnya, Faris sentiasa menghubunginya semata-mata untuk mengucapkan rindu dan sayang jika berada di luar daerah. Saat itu Azureen benar-benar merasakan dirinya dihargai. Kadang-kadang dia datang memberi sokongan kepada Faris jika Faris menyertai mana-mana perlawanan ataupun aktiviti dan Faris sendiri tidak segan silu memperkenalkan Azureen pada rakan-rakannya.

Namun sejak akhir-akhir ini Faris kembali sibuk. Azureen sedikit sunyi. Nasib baiklah anak saudaranya Iskandar ada tinggal bersama di rumahnya buat sementara waktu kerana musim cuti sekolah telah bermula. Ada juga teman untuk dia berbual. Azureen benar-benar merindui Faris tika ini tapi di tahan sahaja rasa itu.
“Reen, I’ll call you back. Saya dalam majlis.” Talian diputuskan. Azureen mengeluh. Sudah dua minggu dia tidak bercakap panjang dengan Faris. Paling lama pun lima minit. Faris terlalu sibuk akhir-akhir ini. Sms Faris pun sudah lama tidak menjengah inboxnya. Mustahil Faris akan menghubunginya semula nanti. Bukan Azureen tidak faham Faris sedang sibuk, tetapi sukar sangatkah hendak meluangkan sedikit waktu dengannya?

Azureen membuka komputer ribanya untuk melayari internet, bosan bersendirian. Hendak berborak dengan Iskandar, anak saudaranya itu pula sedang asyik menonton siri animasi di televisyen. Tiba-tiba terdetik di hati Azureen untuk menghantar e-mel kepada Faris. Ingin diluahkan apa yang terbuku di hatinya agar Faris mengerti.

“Mak Su! Mak Su! Jomlah turun makan. Nenek masak best..sebab Is kan dapat nombor satu periksa..!” Iskandar berkata riang. Digoyang-goyangkan lengan Azureen.
“Ya,ya..Kejap lagi Mak Su turun..Mak Su nak siapkan keje ni sikiit lagi,ya?” Pujuk Azureen. Iskandar mengangguk-angguk sedikit hampa. Kanak-kanak lelaki yang berusia sepuluh tahun itu pun berlalu keluar dari bilik Azureen. Azureen Cuma tersenyum memerhatikan langkah anak itu dan menyambung kerjanya.

Azureen menekan butang ‘Send’ di skrin komputernya. Air mata berjuraian membasahi pipinya. Azureen menyapu air matanya. Dia mencapai telefon bimbitnya di hujung meja lalu menekan punat-punat di situ.

‘Check your mail.’

Ringkas sahaja pesanan yang dihantarnya kepada Faris. Azureen memeriksa sekilas wajahnya di cermin, kemudian berlalu keluar dari biliknya. Sewaktu kakinya menjejak anak tangga untuk ke tingkat bawah, Azureen terasa kepalanya berat. Sempat dia mendengar suara Iskandar menjerit memanggil namanya. Pandangannya gelap.

**********

Faris meraba-raba poket seluarnya apabila terasa telefon bimbitnya bergetar. Dia menyorokkan sedikit telefon bimbitnya itu ke bawah meja. Pengarah program malam itu masih berucap di hadapan untuk merasmikan majlis penutup. E-mel apa pulak sayang aku ni.. Nantilah check..Faris tersenyum sendiri mengenangkan Azureen. Ada-ada sahaja teman wanitanya itu. Disimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket.

Selesai majlis malam itu, Faris pulang ke rumah. Badannya terasa amat penat sepanjang program itu berlangsung. Faris teringatkan sms Azureen sebentar tadi, tapi malas pula rasanya hendak memeriksa kotak melnya sekarang. Faris berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Selesai menunaikan solat Isyak, Faris memeriksa peti masuk e-melnya di komputer. Ada satu e-mel dari Azureen tetapi subjeknya dibiarkan kosong.

‘Awak,
Tiap-tiap hari saya rindukan awak..dan tiap-tiap hari saya cuba nak bagitau awak yang saya rindu dan sayang sangat kat awak..supaya awak happy..sebab dulu awak cakap awak happy setiap kali saya cakap macam tu. Tapi sekarang saya tak tau awak still happy lagi atau tak kalau saya ckp 'i love u...' sebab awak selalu takde bila saya nak cakap...

Awak,
Dulu awak pernah kata awak rasa sunyi walaupun sesaat tanpa saya..tapi sekarang, awak masih rasa sunyi ke kalau saya takde? kalau dulu awak selalu sms semata-mata nak cakap rindu, sayang kat saya...tapi sekarang awak dah tak buat..awak masih rindu dan sayangkan saya lagi ke..?

Awak,
dulu awak cakap nak buat saya selalu tersenyum..tapi sekarang saya banyak menangis.. Sudi lagi ke awak untuk buat saya tersenyum..? Dulu dalam sehari, awak mesti contact saya, sejauh mana pun awak. Tapi sekarang awak dah tak contact saya..Agaknya awak dah bosan setahun mengenali saya..?

Awak,
Masa yang berlalu buat saya makin tak mengerti..saya rindukan masa lalu kita yang manis dan serba indah..ada lagi ke peluang untuk kita lalui saat-saat tu lagi..? Saya tak salahkan awak, tak juga marahkan awak..cuma saya rasa semakin hari kita semakin jauh...atau pun terlalu membazirkah awak rasa kalau luangkan masa seminit awak untuk sms saya dari 24jam yang awak ada...?

Just to say i miss you...’
-Intan Azureen-

Faris meraup wajahnya. Terasa panas kelopak matanya membaca e-mel panjang dari Azureen itu. Dia sedar kesilapannya. Dulu dia mengenepikan Azureen, kemudian dia berjanji untuk membahagiakan Azureen. Dia kotakan janjinya itu namun kini dia kembali menyisihkan gadis itu. Faris mencapai telefon bimbitnya, dia mahu memohon sejuta kemaafan dari Azureen. Tiba-tiba Faris hairan apabila terdapat sembilan missed call dari Diya. Kenapa ni, masalah dengan Rudi ke? Desis hatinya. Baru sahaja hendak mendail nombor telefon Azureen, Diya menghubungi lagi.
“Faris! Puas aku call kau!” Belum sempat Faris memberi salam, jeritan Diya terlebih dahulu menerjah gegendang telinganya.
“Apa hal ni..? Aku mandi tadi, tak dengar...” Ujar Faris lemah. Dia tiada mood untuk berbual.
“Reen masuk wad! Datanglah cepat!” Faris tersentak. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Apa kau cakap ni? Kenapa dengan Reen?” Soal Faris cemas.
“Datang dulu! Ampang Puteri. Bye!” Diya memutuskan talian. Faris termangu-mangu. Dia bingung. Seketika kemudian dia bingkas bangun menukar seluarnya dan berlalu keluar.

**********

Keluar dari lif, Faris berlari-lari anak mencari bilik wad Azureen. Dia bertanya pada seorang jururawat yang kebetulan lalu di situ. Faris mengatur langkah ke arah yang dimaksudkan. Faris menolak perlahan daun pintu. Dilihatnya Diya sedang termenung di sisi Azureen.
“Diya,” Panggilnya. Diya mengangkat wajahnya. Riak wajahnya bersahaja.
“Mana family dia? Apa jadi dengan Reen?” Soal Faris. Matanya tidak lepas memandang Azureen yang terbaring lesu itu.
“Aku suruh diorang balik sebab nampak keadaan diorang tak stabil sangat.. Reen jatuh tangga kat rumah dia tadi. Doktor kata mungkin dia pitam sebab tak cukup rehat dan stress. Tapi doktor kata Reen stabil, cuma luka teruk sikit. Aku janji dengan Mamanya nak jaga Reen..Aku tunggu kat luar ya.” Ujar Diya. Dia memberikan ruang untuk Faris duduk di kerusinya. Diya berlalu keluar meninggalkan Faris.
“Reen, Sayang....” Faris mengenggam tangan Azureen. Tangan kirinya menyentuh lembut balutan di kepala Azureen.
“Reen..Saya mintak maaf...Saya silap Reen...Sedarlah, Reen.. Saya nak dengar awak cakap rindu dan sayang pada saya..Saya nak tengok awak senyum, Reen..Awak tahu saya sayang awak sangat-sangat kan..tak pernah sekalipun terdetik rasa bosan di hati saya sejak mengenali awak..Pertama kali pandang wajah awak, saya dah jatuh hati..Awak yang ceriakan hidup saya selama ni..Maafkan saya buat awak menangis, Reen...” Faris menekup mukanya. Sebak di dadanya tidak tertahan lagi. Air mata lelakinya mengalir. Dia tidak sanggup melihat Azureen yang kaku terbaring lemah.
“I love you...” Faris tersentak.
“Reen!!?” Faris separa menjerit. Azureen tersenyum lemah memandang Faris. Faris tersenyum lebar sambil menyapu sisa air matanya. Hatinya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga.
“Reen, saya janji takkan biarkan awak sendiri lagi! Saya betul-betul janji! Saya cintakan awak, Reen!” Ujar Faris sungguh-sungguh. Azureen mengangguk lemah. Kebahagiaan kembali singgah di hatinya.

**********

Thursday, November 20, 2008

Puisi: Tengkujuh

Tika ini
Langit sedang menangis semahu-mahunya
Aku perhatikan titisan-titisannya
Berderai jatuh ke bumi

Pandanganku tertancap pula pada laut
Ombaknya beralun tinggi
Menampar tepian pantai yang sepi

Aku terfikir…

Apakah yang bersarang di fikiran seorang pesawah
Bila saban hari langit menangis semahu-mahunya
Tentu hatinya juga sedang berduka
Mengenangkan bendang yang terbiar sepi..

Dan apakah yang terdetik di hati si nelayan tua
Bila melihat laut yang sedang bergelora
Adakah resahnya juga setinggi ombak itu
Mengenangkan perahu yang tidak terisi

Tengkujuh ini
Adalah musim lara
Buat seseorang yang bergantung hidup pada alam
Aku mulai insafi diri
Kerana adakalanya aku tidak bersyukur
Ya Rahman..
Limpahkanlah rahmat dan rezeki-Mu buat mereka

Wednesday, November 19, 2008

Cerpen: CINTA TAK BERGANTI

“Awak nak pergi jauh..?” soal Erni, matanya berkaca memandang Hairie tidak mengerti. Hairie merenung Erni, bibirnya bergerak-gerak seakan ingin menyatakan sesuatu, tapi suaranya seakan tersekat di kerongkong.
“Sayang..awak, awak tahu kan…” Hairie tidak dapat menghabiskan kata-katanya, dia menjadi kelu melihat Erni yang sudah mula menitiskan air mata. Hairie menarik tangan Erni ke pangkuannya lalu digenggam erat. Erni membiarkan.
“Sayang, awak tahukan saya sayangkan awak..saya cintakan awak sorang je..Erni sayang, saya pergi dua tahun je..saya janji takkan lupakan awak…Awak tunggu saya ya sayang..?” Hairie memandang lembut wajah Erni, sedaya-upaya dia cuba memujuk hati Erni. Titisan jernih masih lagi bersisa di pipi mulus gadis itu.

“Kenapa awak mesti pergi..awak memang tak fikir langsung tentang perasaan saya kan.. awak cuma fikir masa depan awak sorang je. Mungkin dua tahun bagi awak tak lama, tapi bagi saya, dua tahun tanpa awak, sangat-sangat menyeksakan! Memang awak boleh janji macam-macam, tapi dalam masa dua tahun tu, apa-apa pun boleh jadi.” Erni teresak-esak menangis. Hairie mengeluh..tidak tahu apa lagi yang perlu diperkatakan.
“Erni..tolonglah faham saya….” Hairie memandang penuh pengharapan, tangan Erni digenggam erat. Erni membatu. Suasana sepi seketika... Tiba-tiba Erni bangun, genggaman tangan Hairie direntap. Hairie tersentak.
“Sayang..?” Hairie kaget. Erni memandangnya sedetik, kemudian berlalu pergi. “Erni….” Hairie hanya mampu mengeluh di dalam hati. Dia tidak terdaya melakukan apa-apa lagi. Betapa dia mohon pengertian gadis itu sekarang. Pandangan kosong dilemparkan pada riak air Tasik Titiwangsa itu. Namun hatinya tidak setenang itu…

******

“Erni pergi mana tadi?” Niat Puan Sariah mahu berbual-bual dengan anak gadisnya itu terhenti. Hairan melihat wajah gadis itu yang masam mencuka. Apa kena dengan budak ni..desis hatinya. Namun dibiarkan sahaja. Masak sangat dia dengan perangai Erni, lagi ditanya lagi parah jadinya. Bila hatinya sejuk, dia sendiri akan datang bercerita. Sedari kecil memang begitu. Erni memang suka berterus-terang tentang perasaannya. Kalau merajuk, Erni akan memberitahu apa yang membuatkan dia terasa hati selepas rajuknya itu hilang.

Erni menyembamkan wajahnya ke katil dan menangis semahu-mahunya. Terasa tidak percaya apa yang dilaluinya sebentar tadi. Hatinya masih tidak mengerti apa yang terjadi. Dia tidak pernah membayangkan situasi sebegini. Tidak pernah dia terfikir untuk berjauhan dengan Hairie. Hairie akan tinggalkan aku… Tidak..Hairie bukan begitu.. Tapi Hairie memang akan tinggalkan aku..! Suara hatinya berbicara sendiri. Erni mencapai telefon bimbitnya. Tiada pesanan mahupun panggilan dari Hairie. Memang dia dah lupakan aku..Desisnya. Tiba-tiba hatinya menjadi geram, lalu dimatikan telefon bimbit itu. Bukannya nak pujuk aku! Erni merengus sendiri.

******

Jam di dinding menunjukkan pukul 5.30 petang. Usai solat Asar, Erni termenung di birai jendela biliknya. Tiada apa yang menarik, hanya barisan rumah di hadapannya dan suara kanak-kanak yang sedang riang bermain tapi tidak kelihatan. Mungkin di taman permainan yang tidak jauh dari situ.
“Erni tak turun makan ke?” tiba-tiba suara Puan Sariah kedengaran di luar bilik.
“Tak lapar lagi Ma,” Erni menjawab malas. Perbualan habis di situ. Erni berlalu ke katil. Bola matanya tertancap pada bingkai gambar di atas meja kecil di sisi katil itu, lalu dicapainya. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Dia dan Hairie sedondon memakai warna ungu. Gambar itu di ambil sewaktu majlis perkahwinan abang Emran tahun lepas. Itulah pertama kali Hairie datang ke rumah, lalu diperkenalkan kepada keluarga. Papa dan Mama menerima baik kedatangan Hairie, cuma Mama seakan kurang senang dengan hubungan mereka. Tidak pula Mama mengatakan yang dia tidak setuju tapi dari reaksinya Erni perasan yang Mama sedikit kurang senang. Tapi Erni tidak ambil kisah, selagi Mama tidak menyatakannya terang-terang.

Erni meletakkan kembali bingkai itu di tempatnya. Di mencapai telefon bimbitnya lalu dihidupkan. Selepas seketika, pun masih tiada apa-apa khabar dari Hairie. Erni menjadi geram. Dimatikan kembali telefon bimbit itu. Egokah aku…? Penting dirikah aku…? Dia menyoal hatinya sendiri. Dia tidak pernah menghalang Hairie untuk melakukan apa-apa, malah dia tidak putus-putus memberi semangat. Sewaktu belajar dahulu, Hairie mahu bekerja sambilan. Dia agak kurang setuju kerana bimbang pelajaran Hairie terganggu, tapi masih, dia memberikan semangat dan bantuan seadanya. Dialah yang menjadi jam loceng Hairie setiap pagi kalau-kalau lelaki kesayangannya itu terlajak tidur, sentiasa mengingatkan Adi, teman karib Hairie supaya menyimpan nota untuk Hairie kalau-kalau teman lelakinya itu tidak dapat ke kuliah dan dia sendiri yang akan menghantar Hairie ke tempat kerja kalau hari hujan, tidak sampai hati dia membiarkan Hairie menunggang motosikal dalam cuaca sebegitu. Segala-galanya dia lakukan untuk Hairie. Cintanya dia pada lelaki itu hanya Tuhan yang tahu. Biarlah ada seribu lelaki yang lebih baik, di matanya tetap Hairie yang paling sempurna.

Kursus mereka berbeza di universiti, jarak usianya dengan Hairie pun berbeza dua tahun. Selepas tamat belajar, Hairie mendapat kerja tetap di sebuah firma pengurusan kewangan. Erni masih lagi di universiti yang sama meneruskan pengajiannya. Namun hubungan mereka masih baik, tidak terjejas apa-apa. Dia selalu membantu di saat-saat poket Hairie kering di tengah bulan ketika awal bekerja dahulu. Tidak sedikit pun dia kisah walaupun sesetengah orang mengatakan dia terlalu memanjakan Hairie. Baginya dia tidak perlukan apa-apa selain kasih-sayang dan perhatian Hairie. Sebab itulah, bila Hairie menyuarakan hasrat untuk menerima tawaran kerja di Cape Town pagi tadi, dia begitu kecil hati. Tidak cukup lagikah apa yang Hairie miliki sekarang ini? Kenapa perlu pergi jauh? Sungguh dia tidak mengerti...
******

‘Erni sayang, flight saya pukul 2.00 petang ni. Terpulanglah pada awak nak datang atau tak. Saya sentiasa menunggu dan saya harap awak pun sentiasa setia menanti saya .I Love You…’

Bola mata Erni buntang membaca pesanan ringkas tersebut. Matanya memandang jam di dinding. 12.30 tengahari! Perjalanan dari rumahnya ke KLIA memakan masa hampir satu jam. Erni pantas bangun menuju ke bilik air membersihkan diri. Sekilas memandang wajahnya di cermin, Erni mencebik tidak puas hati. Wajahnya sembap kerana banyak menangis dan lewat tidur semalam. Pukul berapa dia lena pun dia tidak sedar. Sedaya-upaya dia cuba melitupnya dengan concealer. Dia tidak mahu Mama lihat wajahnya sembap. Dia tidak mahu Hairie lihat wajahnya sembap dan tidak cantik sebelum pergi!

“Erni nak pergi maa…?” Puan Sariah tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Pusing kepalanya melihat Erni terkocoh-kocoh menuruni anak tangga lalu berlari keluar. Seketika kemudian kedengaran enjin kereta dihidupkan dan sayup-sayup meninggalkan halaman rumah. Puan Sariah terkebil-kebil sendiri.

Erni memandu bagaikan masa tidak menunggunya lagi. Dirempuh sahaja lampu isyarat merah dan dia tidak kisah lagi memotong selagi ada ruang. Hon-hon dari kenderaan lain dia tidak peduli lagi. Hatinya sakit merentasi jalanraya yang sesak di kota metropolitan itu lalu Erni menghala arahnya ke KL Sentral. Sampai di KL Sentral, Erni parkir keretanya di Hotel Hilton. Lantaklah mahal pun, nak cepat ni! Bisik hatinya. Dia berlari menuju ke lif. Lif yang menyusup pantas itu dirasakan lambat sekali. Melangkah keluar dari pintu lif, dia berlari lagi menuju ke kaunter tiket KLIA Transit. Erni mundar mandir di platform. Tren masih belum tiba, dia resah. 6 minit menunggu dirasakan begitu lama. Ingin saja dia menangis tapi dia tahu malu.

Melangkah masuk ke dalam tren, Erni memilih tempat duduk yang berhampiran pintu. Ada seorang lelaki Cina duduk di hadapannya. Erni tidak dapat menahan lagi, dia tidak kisah lagi dengan sesiapa di situ, air matanya mengalir. Dia tertekan dalam keadaan sebegitu.

******

Hairie asyik memeriksa telefon bimbitnya, kalau-kalau ada pesanan ataupun panggilan dari Erni. Tetapi hampa. Erni benar-benar merajuk kali ni…gerutunya. Sudah dua kali panggilan untuk ke pesawatnya diumumkan, tapi Hairie masih terasa berat untuk pergi. Di pandang adiknya di sebelah, Halif dan temannya Adi, yang turut sama hadir menghantarnya di KLIA. Halif sedang asyik membaca suratkhabar manakala Adi biasa-biasa saja, sedang memeriksa sesuatu di telefon bimbitnya.

“Erm, aku nak pergi dah ni.” Hairie bangun. Halif mendongak, kemudian tunduk kembali melihat jam tangannya.
“Kak Erni tak datang ke?” Halif bertanya, tidak tahu apa-apa. Hairie tersenyum tawar sambil mengjungkit bahu. Adi yang tahu apa yang berlaku hanya diam. Dia tahu Hairie kecewa Erni tidak datang mengiringinya. Tapi gadis itu juga harus diberi masa.
“Okaylah, Along pergi ni. Tengok-tengokkan mak, abah, adik-adik kat rumah. Ada apa-apa bagitahu Along. Kau pun jaga diri baik-baik jugak.” Halif mengangguk-angguk. Hairie memeluk adiknya. Dihampiri Adi.
“Adi, tolong jaga Erni, untuk aku…” Adi mengangguk, mengerti sekali. Dipeluk sahabat baiknya itu.
“Pergi ni, Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam..” Halif dan Adi menjawab serentak. Hairie berlalu namun bola matanya masih meliar mencari kelibat Erni. Tiada.. Hairie melangkah hampa.

******

“Hairie!!! Awak!!” Erni menjerit tercungap-cungap. Dilihatnya Hairie sudah melepasi pemeriksaan imegresen kastam. Seketika kemudian Hairie menoleh ke belakang. Dilihatnya lelaki itu terpaku. Erni melambai, dia tersenyum dalam tangisan yang tidak berhenti. Hairie mengangkat tangan membalas lambaian, tapi masih kaku. Dia tidak percaya Erni ada di situ.
“I Love You!!” Erni menjerit, nada suaranya bergetar, tidak segan-silu lagi dengan orang ramai yang ada di situ. Hairie tersenyum lebar, dadanya sebak. Dia membuat isyarat supaya Erni menunggu dia kembali. Erni mengangguk-angguk seakan faham. Hairie melambai-lambai sambil melangkah pergi..

Erni memandang sekeliling, semua mata tertumpu ke arahnya. Dia malu sendiri, tetapi dia tidak begitu peduli. Yang penting Hairie tahu cintanya tak pernah pudar. Erni melangkah longlai keluar dari situ.
“Cik, kad pengenalan.” Erni tersentak. Lupa pula sebentar tadi puas dia memujuk pengawal keselamatan dan polis di situ supaya membenarkan dia masuk lalu menyerahkan kad pengenalannya sebagai jaminan.
“Terima kasih..” Erni mengambil kad pengenalannya lalu dimasukkan ke dalam tas tangan.

Sampai di rumah, kelihatan Puan Sariah sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. “Erni pergi mana tadi?” Soal Puan Sariah sebaik sahaja anak gadisnya itu melangkah keluar dari kereta.
“Pergi airport ma,” Erni duduk di kerusi batu di laman berhampiran Mamanya.
“Erni pergi airport?” Puan Sariah bertanya lagi, ingin memastikan apa yang didengarinya.
“Erni hantar Hairie, dia ke Cape Town..” Puan Sariah menutup pili air lalu duduk bersama di kerusi batu tersebut.
“Hairie pergi Cape Town? Buat apa? Berapa lama? Tak bagitahu Mama pun?” Bertubi-tubi soalan Puan Sariah. Wajahnya bersemangat ingin tahu.
“Erni pun baru tahu tiga hari lepas. Bos dia hantar dia ke sana, katanya jadi project manager kat sana..dua tahun ma…lama kan..” Erni merenung Mamanya. Puan Sariah termenung sejenak.
“Lama jugak tu..takpelah Erni, ramai lagi lelaki yang sudi nak kat anak mama ni..” Erni tersentak. Kenapa Mamanya berkata begitu? Kenapa Mama seolah-olah melemahkan semangatnya.
“Kenapa mama cakap macam tu? Bukannya Hairie nak putuskan hubungan dengan Erni, dia cuma pergi sana untuk kerja kan Ma? Lama mana pun Erni akan tunggu dia!” Tiba-tiba Erni jadi emosi. Ditinggalkan Puan Sariah sendiri dan berlalu masuk ke rumah.

Di biliknya, Erni menangis. Niatnya untuk berkongsi perasaan dengan Mamanya terbantut. Sudahlah sedih, Mamanya pula seakan gembira Hairie pergi. Kenapa Mama begitu? Erni tidak faham apa yang wanita itu maksudkan. Sesungguhnya dia setia menanti.

******

Sudah hampir empat bulan Hairie pergi. Erni pun sudah betah sendiri. Selang tiga hari Hairie akan menghantar e-mel padanya. Kadang-kadang seminggu sekali di waktu sibuk. Ada juga Hairie menelefon, tetapi tidak lama. Sekadar bertanya khabar dan melepas rindu. Sesungguhnya Erni teramat rindu, tetapi dikuatkan hatinya. Malam itu Hairie mengirimkan gambar-gambarnya di Cape Town melalui e-mel. Erni tersenyum sendiri melihatnya. Hatinya berasa sayu, terasa Hairie amat jauh darinya. Semoga Tuhan kuatkan hatinya, dan hati Hairie juga.

“Erni, taknak makan malam ke? Mama dengan Papa nak turun makan ni” Kedengaran suara Mamanya di luar bilik. Erni bangun membuka pintu.
“Papa dah balik?” Erni menjengulkan kepala ke luar pintu.
“Ada kat bawah, baru sampai.” Puan Sariah berlalu. Erni tercegat seketika di muka pintu. Tidak lama kemudian dia mengekori langkah Mamanya. Di meja makan, Mamanya sedang menghidangkan makan malam. Erni membantu Mamanya. Kemudian mereka sama-sama duduk menikmati makan malam.
“Best pergi Dubai, Pa?” Erni berbasa-basi dengan Papanya memulakan perbualan.
“Bolehlah. Tapi kalau Erni dengan Mama yang pergi, tak balik dah kot agaknya. Beli-belah siang malam!” Encik Badrul berseloroh. Erni tergelak. Mamanya pun ketawa sama.
“Habis tu Papa bawak balik souvenir tak kat Erni?”
“Ada…” Balas Encik Badrul sepatah. Erni tersenyum gembira.

Usai makan malam, selepas mencuci pinggan mangkuk di dapur, Erni menonton televisyen di ruang tamu. Bosan asyik terperap di bilik. Encik Badrul menonton sama. Puan Sariah sudah lama menghilang ke tingkat atas.
“Erni dah dapat kerja ke belum?” Encik Badrul bertanya tiba-tiba. Erni terdiam seketika, agak bingung.
“Ha’a, ada dapat satu. Tapi kat Nilai, jauh sangat. Erni tolak. Yang lain tu Erni tak pergi interview” Erni menjawab bersahaja. Takut juga Papanya marah.
“Kawan Papa tengah cari pegawai bahagian HR company dia. Erni nak tak? Minggu depan dah boleh start” Erni berpura-pura khusyuk menghadap televisyen, sedangkan fikirannya terganggu. Dia belum bersedia untuk bekerja walaupun sudah lebih enam bulan menganggur. Tapi kalau Papanya menawarkan, itu maknanya sau kemestian, bukan pilihan!
“Erm..bolehlah Pa..” Erni menjawab acuh tak acuh. Tidak lama kemudian dia berlalu ke tingkat atas, terasa kekok berlama-lama dengan Papanya.

******

Hari ini hari pertama Erni bekerja. Agak janggal pada mulanya berada di pejabat. Dia diberi sebuah bilik dan seorang setiausaha. Terasa belum layak untuk bergelar Pegawai Sumber Manusia di sebuah syarikat maju. Setiausahanya pula lagi berusia dan berpengalaman daripadanya. Hari pertamanya hanya berkepit dengan Kak Roha, setiausahanya yang peramah itu. Mujurlah Kak Roha tidak lokek ilmu. Apa yang Erni tidak faham diterangkan dengan jelas.

Selepas waktu rehat, Kak Roha membawanya berjumpa semua kakitangan di syarikat tersebut. Pagi tadi dia hanya diperkenalkan dengan staf di bahagian Sumber Manusia oleh Encik Aqil, CEO di situ. Erni merasakan hari pertama bekerja tidaklah seteruk mana cuma agak bosan kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan dan berdebar-debar kerana bimbang dengan penerimaan pekerja di situ.

Erni tiba di rumah lebih kurang pukul 6.30 petang. Dia keletihan. Walaupun tidak banyak kerja yang dilakukan, sekadar memeriksa fail-fail syarikat, dia tetap berasa penat. Rumahnya sunyi-sepi. Mungkin Mamanya keluar, kereta Mamanya tiada di laman. Papanya pula sah-sah belum pulang ke rumah. Erni menuju ke bilik, lalu badannya dihempaskan ke katil empuk itu. Beberapa minit kemudian dia bangkit kembali, teringat dia belum solat Asar lagi. Erni menuju ke bilik air.Selesai solat Asar, Erni terus melelapkan mata. Penat benar rasanya.

Terjaga dari tidur, jam di dinding menunjukkan pukul 9.30 malam.Erni beristighfar. Ya Allah, aku terlepas maghrib! Erni cepat-cepat bangun menunaikan solat Isyak dan mengqadha’ solat maghribnya. Usai solat, Erni memeriksa kotak melnya. Dia tersenyum gembira melihat e-mel baru dari Hairie.

‘Erni sayang, maaf lama tak e-mel, saya sibuk sangat kat sini. Awak apa khabar sayang? Saya rindu nak makan masakan awak..tapi saya lagi rindu awak! Baru baca e-mel awak tadi, so how’s your first day at work? Awak jangan layan tau kalau ada orang mengorat awak kat office tu.. Cakap kat diorang tak lama lagi awak nak kahwin. Kenapa saya suruh awak cakap macam tu, sebab saya ada berita baik untuk awak! Tempoh projek saya dah dipendekkan. Saya cuma perlu handle projek tu untuk setahun. Just a few months to go dear..Tak sabar nak balik jumpa awak sayang..I Love You So Much..’

-Hairie


Selesai membaca, Erni tersenyum lebar. Tidak dapat digambarkan lagi betapa gembira hatinya. Hanya tinggal lapan bulan lagi penantiannya. Erni tidak sabar-sabar lagi. Hatinya berbunga-bunga.

******

“Baiklah, mesyuarat kita ditangguhkan setakat ni. Bersurai.” Kata-kata Encik Aqil mengakhiri mesyuarat pagi itu. Erni mengemaskan fail-failnya bersedia untuk keluar dari bilik mesyuarat.
“Erni, jom lunch?” Ashraf tiba-tiba menyapa dalam perjalanan ke biliknya. Erni melihat jam tangannya. Dah dekat pukul 1.00 rupanya..Ashraf masih lagi memandangnya menanti jawapan.
“Erm, nanti I tanya Kak Roha dulu..” Erni menuju ke biliknya meninggalkan Ashraf sendirian. Kak Roha tiada di meja. Erni masuk ke biliknya untuk menyimpan fail dan mengambil tas tangan. Keluar dari bilik, Ashraf sudah tercegat di tepi meja Kak Roha.
“Roha takde kan, so...shall we?” Erni hanya tersenyum sambil mengjungkit bahu lalu mengekori Ashraf.


“Kita nak makan kat mana ni?” Erni bertanya, Kekok pula dia hanya berdua sahaja di dalam kereta Ashraf.
“Adalah, you ikut jelah. Bukannya I nak culik you pun. Takyah risau lah.” Ashraf menjawab bersahaja.
“Okay..I tanya jelah.” Erni membalas. Suasana sepi. Hanya lagu di radio yang mengisi ruang.
“You pernah datang sini tak?” Ashraf bertanya setelah mereka berdua melangkah keluar dari kereta, menuju ke sebuah restoran Arab di Jalan Ampang.
“Pernah kot, dengan family I..” Erni menjawab ringkas.
“I selalu jugak datang sini, tapi malam-malam lah. Lepak dengan kawan.” Cerita Ashraf. Erni cuma tersenyum dan mengangguk.

Ashraf menarikkan kerusi untuk Erni. Erni duduk. Ashraf mengambil tempatnya, berhadapan dengan Erni.
“You nak makan apa?” Ashraf bertanya.
“You nak belanja ke?” Erni menduga dengan nada berseloroh.
“Ish you ni, of course la, I yang ajak you lunch kan..Takkan you yang belanja, jatuhlah saham I..” Erni ketawa.
“You orderlah apa-apa pun, Semua I makan.”
“ Semua you makan eh?” Ashraf bertanya dalam nada mengusik.
“You ni...!!” Erni menjeling tajam.
“Okay, okay...” Ashraf ketawa sambil mengangkat tangan tanda mengalah. Sejenak kemudian pelayan datang mengambil pesanan.

Selesai makan tengahari, mereka terus pulang ke pejabat. Erni merasa senang dengan Ashraf walaupun pada mulanya agak kekok. Lelaki itu suka bercerita, ada saja perkara yang hendak dibualkan. Setelah agak lama berbual, Erni pun sudah tidak janggal lagi untuk bercerita hal dirinya pula kepada Ashraf. Dia juga senang dengan Ashraf kerana lelaki itu mudah ketawa hatta perkara kecil sekalipun. Tapi dia tidak pasti pula adakah karektor Ashraf memang begitu atau dengan dia sahaja Ashraf berperwatakan begitu. Sedikit sebanyak kesunyiannya terisi..Erni sedar itu...

******

“Erni, kawan Erni datang ni” Terdenga suara Puan Sariah sayup-sayup memanggil dari tingkat bawah. Kawan? Kawan mana pulak datang petang Sabtu ni..? Erni tertanya-tanya. Laju kakinya menuruni tangga.
“Ashraf?” Ashraf tersenyum memandang Erni di ruang tamu.
“Mama, er..ni kawan sepejabat Erni, Ashraf..” Erni memperkenalkan Ashraf kepada Mamanya.
“Mama tahu, mama dah berbual dengan dia tadi..jemputlah minum Ashraf,” ujar Puan Sariah sambil tersenyum.
“Terima kasih Auntie, susah-susah aje.” Ashraf membalas. Puan Sariah berlalu meninggalkan mereka berdua.

“Mana you tahu rumah I kat sini?” Erni bercakap separuh berbisik. Ashraf tersenyum.
“Macamlah susah sangat nak cari rumah you ni. I mintak address dengan Roha..”
“Oh..Okay.” Erni membalas sepatah.
“I nak ajak you keluar ni. I dah mintak izin Mama you, dia dah bagi greenlight..” ujar Ashraf.
“Hah, keluar? Nak pergi mana? Berani you mintak izin dengan Mama I..?” Erni menyoal sinis.
“Mestilah, nak ambil hati mak mertua...cepatlah siap!” Ashraf berseloroh. Erni menggeleng-geleng sambil tersenyum. Tidak kuasa dia melayan Ashraf. Erni berlalu ke tingkat atas untuk bersiap. Sebenarnya dia terasa hati dengan Mamanya, mudah benar Mamanya memberi kebenaran kepada Ashraf, kalau dengan Hairie dulu, berjela-jela pertanyaan Mama kalau Hairie ingin membawanya keluar.

“Kita nak pergi mana ni?” Erni bertanya. Ashraf tersengih.
”Setiap kali you naik kereta dengan I, itulah soalan wajib you. You ikut jelah..I tak culik youlah! Kita jalan-jalan je. Tengok movie ke..” Erni tersengih. Jari-jemarinya membuat isyarat ‘okay’.

Lebih kurang pukul 9.00 malam, Erni sampai di rumah. Masuk ke bilik, Erni menghempaskan badannya ke katil. Dia tersenyum sendiri. Hatinya sedikit bahagia bersama Ashraf. Sudah enam bulan mereka berkawan sejak bekerja di syarikat yang sama. Erni senang dengan Ashraf, hatinya yang sepi terisi kembali...tapi Hairie..? Erni bingkas bangun lalu memeriksa e-melnya. Ada empat e-mel baru dari Hairie yang belum dibacanya. Bermakna hampir tiga minggu dia mengenepikan Hairie. Rasa bersalah menyelinap dalam hatinya. Hairie tidak pernah melupakannya, Hairie sentisa mengucapkan kata cinta padanya. Tetapi dia sedang meniti bahagia bersama lelaki lain. Siapa yang mungkir janji sekarang Erni....? Erni menyoal dirinya sendiri. Seketika kemudian dia menangis teresak-esak.

E-mel Hairie dibalasnya ringkas, namun masih lagi berselindung mengatakan dia sibuk bekerja dan teramat penat sehingga lupa memeriksa e-melnya. Erni termenung sejenak... memikirkan soal hatinya..Sesungguhnya dia lemah tanpa Hairie..dia lemah tanpa cinta.. Sedikit pun dia tidak berniat untuk curang, tetapi entah mengapa hatinya cepat lebur apabila berhadapan dengan Ashraf. Ashraf, lelaki itu baik..sentiasa berusaha untuk menggembirakannya. Lelaki itu tidak bersalah kerana dia yang tidak pernah bercerita tentang kewujudan Hairie. Erni sendiri tidak pasti apa perasaannya terhadap Ashraf. Namun cintanya pada Hairie tidak pernah hilang. Lelaki itu masih lelaki kesayangannya. Erni buntu..

******

“Good Morning, Sayang.” Ashraf menyapa ketika dia sampai di pejabat pagi itu. Erni tersenyum tawar. Ashraf mengekorinya ke bilik.
“You, kenapa ni, muram je? Mata you tu...kenapa... bengkak...?” Ashraf bertanya sambil tangannya cuba menyentuh wajah Erni. Erni mengelak.
“I Okay..” Erni tersenyum lagi.
“No..no..you’re not okay...talk to me, please?” Ashraf memujuk.
“Leave me alone, please?” Erni memandang penuh pengharapan supaya Ashraf memberinya ruang untuk bersendiri.
“Okay...” Ashraf bangun menju ke pintu. Wajahnya sedikit kecewa. Erni terduduk, dia menangis lagi...

Selepas insiden pagi tadi, Erni banyak mengelak dari bertemu dengan Ashraf. Ashraf tidak faham kenapa Erni begitu. Hatinya tidak dapat menahan untuk mengetahui apa sebabnya Erni menjauhinya. Lantas dia mengatur langkah ke bilik Erni.
“Erni.” Erni yang sedang menulis sesuatu tersentak apabila Ashraf masuk tiba-tiba.
“I tak faham kenapa you macam jauhkan diri dari I!?” Erni menjadi tidak tentu arah. Pen diletakkan.
“I’m sorry..” Tiba-tiba Erni menangis.. Ashraf kaget.
“Sorry? For what? I tak faham...but please jangan menangis..” Ashraf menghampiri Erni. Erni menyapu air matanya. Suasana sepi seketika.

“Ash..Even you tak pernah berterus-terang tentang perasaan you, tapi I faham apa yang you rasa.. Kadang-kadang I pun rasa yang sama. But I’m really sorry..silap I, I tak pernah cakap kat you yang I dah ada boyfriend, and kami akan kahwin tak lama lagi...I’m sorry...My bad...” Erni menangis lagi. Ashraf terkesima. Badannya dijarakkan dari Erni. Lidahnya tidak mampu berkata apa lagi, terasa harapannya hancur berkecai. Kejamnya Erni mencantas rasa hatinya yang sedang berbunga.
“Ash!!” Erni memanggil tetapi Ashraf terlebih dahulu hilang dari pandangan. “Ash..I’m sorry..” bisik Erni perlahan.

******

‘Erni sayang, how are you? I miss you so much. Tak sabar rasanya nak jumpa awak. Tinggal satu minggu lagi sayang..Awak masih tunggu saya kan? Lately saya sibuk sikit sayang, nak selesaikan kerja-kerja akhir projek ni. Awak jaga diri baik-baik okay. I Love You.’

Hairie

Erni tersenyum gembira membaca e-mel ringkas itu. Namun hatinya sedikit kosong tanpa Ashraf. Tidak lama selepas kejadian hari itu, Ashraf ditukarkan ke bahagian akaun. Mungkin Ashraf sendiri yang meminta begitu. Agak jarang dia bertemu Ashraf akhir-akhir, hanya waktu mesyuarat sahaja, itu pun Ashraf berlagak seolah-olah tidak pernah mengenalinya. Biarlah, Ashraf berhak berbuat begitu. Memang dia yang bersalah. Lelaki itu terlalu baik untuk dilukai, Hairie juga begitu. Tetapi dia harus memilih, melukai seseorang juga adalah sesuatu yang perit.

“Erni!!” Terdengar suara Puan Sariah memanggil.
“Ya Mama!” Erni menyahut. Dia keluar dari bilik menuju ke arah tangga.
“Kenapa Mama?” soal Erni pada mamanya yang berada di tingkat bawah.
“Ashraf nak jumpa Erni, dia ada kat luar. Mama ajak masuk tak mahu pulak,” Ashraf?? Erni terkocoh-kocoh turun lalu meluru keluar.
“Ash!” Erni separa menjerit. Ashraf tersenyum tenang.
“You apa khabar?” Ashraf bertanya, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“I sihat. You tak nak masuk?” Erni mempelawa. Ashraf menggeleng. Dia mengekori Erni duduk di kerusi batu di laman rumah tersebut.

“Erni...bila I fikir balik, memang you dah buat keputusan yang betul. Dia lagi berhak mendapat cinta you..I ni cuma terlambat seminit je hadir dalam hidup you kan..tapi takpelah, I redha...” ujar Ashraf perlahan.
“Ash, I mintak maaf. Tapi...I memang tak boleh hidup tanpa dia..” nada suara Erni bergetar.
“I faham. I dah maafkan you. Semoga you happy. I balik dulu.” Ashraf tersenyum lalu bangun mengatur langkah ke arah keretanya.
“Ash!” Erni menggamit. Ashraf menoleh.
“Thanks...” Erni tersenyum. Ashraf membalas senyuman itu lalu melangkah masuk ke dalam keretanya. Erni masih tercegat di halaman rumah. Hatinya memanjat syukur ke hadrat Ilahi. Ashraf memang lelaki yang baik, semoga Tuhan temukan Ashraf dengan wanita sebaik dia juga..Erni berdoa di dalam hati.

******

“Sayang!” Erni menoleh.
“Awak!!” Lengan Hairie diraihnya. Lidahnya tidak mampu berkata apa lagi, hanya bibirnya yang mampu mengukir senyum tanda gembira yang tidak terhingga.
“Rindu sangat kat awak sayang..” Hairie berkata lembut, matanya menatap Erni penuh cinta.
“I miss you too..awak keluar dari mana tadi, saya tak nampak pun? Tiba-tiba dah ada kat belakang..” Erni bertanya sambil berjalan beriringan dengan Hairie.
“Tu lah sayang, tahulah saya makin handsome, sampai tak sedar saya ada kat situ,”
“Ee..perasan la awak ni...” Erni mencebik manja.
“Awak tunggu sini, saya ambil kereta sekejap.” Hairie mengangguk, Erni berlalu.

Selepas membantu Hairie meletakkan bagasi ke dalam bonet kereta, mereka berdua masuk ke dalam kereta. Erni memandu manakala Hairie duduk di sebelah.
“Kita pergi rumah saya dulu okay, lepas tu saya hantar awak ke Kajang, boleh?” ujar Erni sambil matanya tidak lepas dari jalanraya.
“Pergi rumah awak buat apa, sayang?” Soal Hairie bagaikan seorang anak kecil. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Erni, gadis yang dicintainya dan dirinduinya sekian lama.
“Mama dah sediakan lunch special untuk awak..” Erni tersenyum memandang Hairie sekilas.
“Mama awak buat lunch untuk saya?” Dahi Hairie berkerut
“Apa yang peliknya?” Erni menyoal kembali. Hairie tersenyum sambil menggelengkan kepala.
“Awak jangan risaulah, walau apapun, Mama tahu saya hanya sayangkan awak sorang je, dan saya takkan kahwin dengan orang lain selain awak..” ujar Erni. Hairie memandang Erni terharu.
“I love you, sayang...” Tangan Erni digenggam.
“I love you too...” Pandangan mereka bertemu.

******